Saturday, November 18, 2017

Indah Nian Kampung Halaman Ku

Melihatkan gambar-gambar ini rasa nak menitis air mata. Di sini lah aku dibesarkan. Di kampung ini aku bersekolah. Indahnya waktu kecilku dulu.



Kampung ku dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas sebaik padi menghijau. Air yang jernih dengan ikan yang melompat lompat dan terkadang tersesat hingga ke jalan sungguh indah waktu itu.


Sekarang semua itu seakan sudah terhakis. Ibu dan ayah tiada lagi. Anak-anak muda ramai yang sambung belajar diluar...bila dah bekerja pun diluar juga...yang tinggal hanya orang orang tua. Sawah padi dah tak banyak lagi...kederat orang tua setakat mana sangat nak walaupun semua menggunakan mesin.


Tali air di depan rumahku...kalau dulu airnya hijau...anak anak mandi manda disini....tapi sekarang airnya telah berubah menjadi semacam air teh....entah kenapa...


Meski makin ramai yang telah tiada...aku tetap rindu kampung ini. Rindu untuk bertemu arwah mak dah ayah. Rindu untuk pulang ke rumah itu. 


Suasana tenang di sini...


Jambatan ini jadi tempat anak anak muda memancing dan mandi manda dulu. Indahnya saat itu...

22 comments:

  1. sedih pulak baca ni... nasib baik saya masih ada opah di kampung lagi, rasa rindu lak nak balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis...sedih sangat. Sekarang rumah di kampung dah tiada penghuni....banyak nak kena baiki. Disitulah kami berkumpul adik beradik bila balik beraya....

      Delete
  2. memang benar lagu seniman Sudirman...
    "perjalanan jauh tak ku rasa..... "
    kampung halaman yang menyimpan pelbagai kenangan

    ReplyDelete
  3. huhuhu teringat pula saya dekat kampung halaman..]

    dah lama tak balik nie..

    ReplyDelete
  4. Samalah dgn akak, rindu kampung halaman.

    Bezanya rumah pusaka diduduki olah abg sekeluarga, keadaannya masih lagi tidak berubah cuma agak kusam, maklum rumah lama.

    ReplyDelete
  5. Cantik kawasan kampung, sedih juga balik kg tapi rumah pusaka dah tak berpenghuni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik mama...dengan sawah yang terbentang luas...

      Delete
  6. Indahnya suasana kampung
    tentu banyak kenangan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat kenangan...tempat tanah tumpah darahku hahaha

      Delete
  7. Best kan suasana kampung.. Jadi Cik Manggis nie Cik Mek Kelate la.. Akak orang Kuala Tranu.. hihi

    ReplyDelete
  8. Nyamannya bila tengok kampung halaman.
    Damai aje rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu WB...nyama sangat bila balik kampung. Airnya sejuk yang amat.

      Delete
  9. Nostalgianyaa rasa bila balik kampung kann :)

    ReplyDelete
  10. Betul tu sis...memang best sangat bila balik kampung

    ReplyDelete
  11. Sama lah tempat kita, kampung dah tak secantik & meriah macam dulu dah. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Kg dah sunyi...anak2 muda berhijrah ke bandar cari kerja dah tak nak kerja sawah padi dah.

      Delete