Saturday, November 11, 2017

Cik Manggis STRESS

Assalamualaikum
Semoga salam ini boleh meredakan perasaan ku yang tengah stress ni. Mana tidaknya....sebaik keluar rumah dan tengok ke dalam peti surat....hadoilaaa.....habis semua surat surat jadi berlubang sana sini. Dahla surat penting ada cek  pulak tu dalamnya.....tak tau nak describe macamana perasaan tu.




Setelah puas ku belek belek apakah punca disebalik kejadian.....ha tudia...dalam peti surat ada siput b*b* uoll. Macamana lah menatang ni boleh masuk dalam peti surat yang setinggi pagar tu. Mungkin juga disebabkan sekarang ni musim hujan..menyebabkan siput pun mencari tempat perlindungan. Awaslah kamu lepas ni yer.....racun apa yang sesuai untuk halau Siput B*B* ni. Ada yang tahu boleh share di sini yer...



Saja je bagi gambar cik siput bb yang comel ni....biar sejuk sikit hati. Nak marah pun dah namanya binatang...memanglah takde akal. So kita yang ada akal lah yang kena fikir semua camana nak jauhkan dia dari kita.

Ok sekian laporan dari Cik Manggis untuk hari ini.

18 comments:

  1. Omaigoddd! Hari tu ada tgk repellent siput vavi ni kt daiso,gardening section.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ye Azhafizah...ingatkan tinggi siput bb ni takleh nak....kertas pun dia makan rupanya..

      Delete
  3. siput ni mmg suka ddk dalam peti surat...ugh!

    ReplyDelete
  4. Alahai siput, kertas pun kau nak makan..

    ReplyDelete
  5. teruknya siput tu lobangkan surat. tak memasal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan surat tu leh tahan lagi cek pun habis tepi2 dia...

      Delete
  6. Alahai, kesiannya kat awak Cik Manggis.. Rumah akak pun memang banyak siput kiut nie, akak cuma tabur garam kasar untuk 'matikan' si kiut nie.. Huhuhu terpaksa 'matikan' sebab banyak pokok mati akibat dimakan oleh si kiut nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru dapat info rupanya garam boleh matikan siput nanti. Terimakasih shikin. Nanti kena cari garam kasar juga la. Kat rumah selalu beli garam halus je.

      Delete
  7. Adoi, betul3, guna garam tabur kat siput ni, tp bukan kat cangkerang dia k ;) dulu sy selalu buat sebab byk depan rumah duk melepak kat pokok, puas hati tabur garam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azlee kongsi cara hapuskan siput tu. Harap harap lepas ni dah takdelah siput2 bermaharajalela.

      Delete
  8. alahai, kesian awak surat penting jadi macamtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa tapi insyaallah...selepas ramai bagi tip harap lepas ni takdelah lagi gangguan cik siput ni

      Delete
  9. hai cik manggis ! alamak kesiannya awak sampai berlubang smua tu dikerjakan si siput babi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tula sis. Dah settle dah semua...taruk garam tips dari rakan2 jugak.

      Delete