Tuesday, November 28, 2017

Segment : Increase Your Followers by Shahirah


Assalamualaikum 

Dah lama tak update blog ni. Maafkan Cik Manggis yer. Hanya ucapan terima kasih yang dapat diucapkan pada yang sudi menjeguk blog cik manggis ni sepanjang cik manggis tidak bersiaran.

Segment : Increase Your Followers  by Shahirah 




Ni Cik Manggis nak cerita sikit tentang satu segmen dari blog Shahira iaitu Segment : Increase Your Followers by Shahira.
Jom kita meriahkan segmen ni yer. Dapatlah juga menambah follower kita masing-masing. 
Cik Manggis dah Follow.
Ada bila lagi???

Monday, November 20, 2017

SAMSUNG YEAR END PROMO!!

Kepada peminat-peminat Produk Samsung di sini Cik Manggis saja nak share tentang Samsung Year End Promo ni. Mana tau ada yang tengah cari kelengkapan rumah ke...
Yelah kan...hujung tahun ni selalunya ramai majikan-majikan yang bagi bonus...so bolehla shopping sakan nanti.



Banyak barang-barang sale tau....dari Gadget hinggalah ke barangan rumah.
Dapat hadiah lagi uollssss.


Promo ni telah bermula pada 1 November dan berakhir pada 30 Disember 2017.
So apa lagi...kunjungilah kedai-kedai samsung berdekatan dengan anda.

Saturday, November 18, 2017

Indah Nian Kampung Halaman Ku

Melihatkan gambar-gambar ini rasa nak menitis air mata. Di sini lah aku dibesarkan. Di kampung ini aku bersekolah. Indahnya waktu kecilku dulu.



Kampung ku dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas sebaik padi menghijau. Air yang jernih dengan ikan yang melompat lompat dan terkadang tersesat hingga ke jalan sungguh indah waktu itu.


Sekarang semua itu seakan sudah terhakis. Ibu dan ayah tiada lagi. Anak-anak muda ramai yang sambung belajar diluar...bila dah bekerja pun diluar juga...yang tinggal hanya orang orang tua. Sawah padi dah tak banyak lagi...kederat orang tua setakat mana sangat nak walaupun semua menggunakan mesin.


Tali air di depan rumahku...kalau dulu airnya hijau...anak anak mandi manda disini....tapi sekarang airnya telah berubah menjadi semacam air teh....entah kenapa...


Meski makin ramai yang telah tiada...aku tetap rindu kampung ini. Rindu untuk bertemu arwah mak dah ayah. Rindu untuk pulang ke rumah itu. 


Suasana tenang di sini...


Jambatan ini jadi tempat anak anak muda memancing dan mandi manda dulu. Indahnya saat itu...

Friday, November 17, 2017

Assalamualaikum


Salam pagi Jumaat yang barakah.
Semoga hari ini hari yang membawa manfaat untuk kita dan semoga hari ini lebih baik dari semalam...dan esok lebih baik dari hari ini.
Jom kita aminkan doa ini.


Monday, November 13, 2017

Selamat Petang Semua

Assalamualaikum

Dah minum petang ke semua kawan alamaya?
Nak cerita petang ni Cik Manggis minum petang bersama
Munchy's Wheat Cracker bersama coffee Min Kaffe. Ni kali pertama cik manggis rasa biskut Munchy's Wheat Cracker ni sebab selalunya sebelum ni asik beli yang ada inti je. Apa yang boleh cik manggis katakan biskut ni memang sedap. Rasanya lemak lemak dan ada manis manis sikit tapi taklah manis sangat. Bak kata kalau nak rasa....memang cik manggis bagi Thumbs Uplah....100% boleh cuba.



Selain dari itu dari segi pakaging pun senang sebab setiap satu pek yang kita beli dah dibuat paket kecil-kecil didalamnya. Senang sangat sekiranya nak bagi anak bawa bekal ke sekolah atau kita sendiri bawa bekal g keje. Just capai dan terus masuk beg. Senangkan....

Ok sekian dulu celoteh cik manggis petang ni. Panjang sangat nanti bosan pulak ye dak...


Sunday, November 12, 2017

Sekalung Tahniah

Sekalung tahniah buat pelakun Dato Jalaluddin Hassan kerana telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati.

Diucapkan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.
Amin.


                     Gambar dari cik google.

Saturday, November 11, 2017

Cik Manggis STRESS

Assalamualaikum
Semoga salam ini boleh meredakan perasaan ku yang tengah stress ni. Mana tidaknya....sebaik keluar rumah dan tengok ke dalam peti surat....hadoilaaa.....habis semua surat surat jadi berlubang sana sini. Dahla surat penting ada cek  pulak tu dalamnya.....tak tau nak describe macamana perasaan tu.




Setelah puas ku belek belek apakah punca disebalik kejadian.....ha tudia...dalam peti surat ada siput b*b* uoll. Macamana lah menatang ni boleh masuk dalam peti surat yang setinggi pagar tu. Mungkin juga disebabkan sekarang ni musim hujan..menyebabkan siput pun mencari tempat perlindungan. Awaslah kamu lepas ni yer.....racun apa yang sesuai untuk halau Siput B*B* ni. Ada yang tahu boleh share di sini yer...



Saja je bagi gambar cik siput bb yang comel ni....biar sejuk sikit hati. Nak marah pun dah namanya binatang...memanglah takde akal. So kita yang ada akal lah yang kena fikir semua camana nak jauhkan dia dari kita.

Ok sekian laporan dari Cik Manggis untuk hari ini.

Friday, November 10, 2017

KWSP - PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN

Info berguna bagi sesiapa yang ingin mengeluarkan Wang Simpanan Akaun KWSP apabila mencapai umur 50 tahun. Dah terlanjur aku mencari info ni untuk ahli keluarga...so aku share kat sini juga. Semoga bermunafaat untuk semua.

Kalau nak info yang lebih mendalam boleh klik link bawah ni
KWSP





PENGELUARAN 50 TAHUN

TUJUAN 

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.


KELAYAKAN MEMOHON 

1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
2. Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun
3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2. 


SYARAT DAN KELAYAKAN PENGELUARAN 

1. Permohonan sekali sahaja 

2. Mempunyai pilihan pengeluaran sama ada: Semua Simpanan Mengeluarkan kesemua simpanan secara sekaligus dari Akaun 2
Sebahagian Simpanan Mengeluarkan sebahagian simpanan dari Akaun 2 

3. Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 50 tahun 


KAEDAH BAYARAN

1. Bayaran Dalam Malaysia Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli          dengan syarat :
   
Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
Sekiranya bayaran tidak Berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, 
bayaran akan dibuat melalui   Cek Jurubank 

2. Bayaran Luar Malaysia Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. 
   Jenis matawang adalah seperti berikut :

     Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang             tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU 
     Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam 
     borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing               Tarikh Cetakan : V01/06/2017 


DOKUMEN DIPERLUKAN 

1. Permohonan Di Kaunter 

    i.) Pemegang MyKad
  Hanya kemukakan MyKad. Permohonan diproses secara Hassle Free, 
ahli tidak perlu mengisi borang permohonan 

ii.) Bukan Pemegang MyKad
Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Dokumen pengenalan diri (asal dan salinan) 

iii.) Borang KWSP 3 (Pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari (CIJ) gagal 
iv.) Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau penyata akaun bank atau salinan akaun bank semasa membuat permohonan) pengeluaran bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran 


2. Permohonan Melalui POS
Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
Salinan MyKad / dokumen pengenalan diri 
Borang KWSP 3 (pindaan) Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah dibenarkan. (Lain-lain dokumen tambahan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa) 

DOKUMEN SOKONGAN 

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Umur 50 Tahun / 55 Tahun / 60 Tahun / Simpanan Melebihi RM1 Juta di laman web KWSP atau Pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan 

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan 

NOTA AMARAN 

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007] 

Thursday, November 9, 2017

Join Amerzing End Year Bloglist




                          Jom Meriahkan GA ni

Hi korang...blog Ameridzuan ada buat pencarian calon yang layak memasuki senarai blog akhir tahun ni. Jom pakat join ramai ramai.

Tak-Nak-Sunyi-Sepi-Lagi-Giveaway

   
                            Assalamualaikum





Tarik tutup lambat lagi 20hb November 2017 yer.

Wednesday, November 8, 2017

Consta Coffee

Dah berapa kali taip tapi hilang...so jemput tengok gambar je dulu....nak komen boleh komen


Mana nak cari?



Mana nak cari bantal camni? Cik Manggis dah tergoda ni....Bantal ni boleh ikut emosi kita.
Ada yang tahu boleh tinggalkan jejak kat komen yer...

Tuesday, November 7, 2017

SEMOGA BERJAYA SPM 2017

Sejumlah 443, 883 calon di seluruh negara memulakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 hari ini, 6 Nov 2017, dengan Bahasa Melayu Kertas 1 sebagai mata pelajaran pertama yang diduduki

Foto Astro Awani / @shahiromar

SPM2017



Sumber gambar dari Astro Awani.

Semoga berjaya diucapkan kepada adik adik yang menduduki peperiksaan SPM hari ni. Harap dapat menjawab dengan tenang. Teringat masa lalu...ketika aku menduduki SPM...pun musim hujan juga. Sabar jelah...walaupun air naik ke buku lali.




SEGMEN SUAI KENAL IG BARU

JOM KLIK UNTUK TAMBAH FOLLOWER IG

Korang yang nak tambah follower Instagram jom klik caption kat bawah gambar tu ye.
Banyak kelebihan tau untuk naikkan follower ni.

Monday, November 6, 2017

Makan-makan di Westplate Factory Shah Alam.

Saja nak bagi review sikit pasal tempat makan ni....West plate yang aku pergi ni yang kat Seksyen 23 Shah Alam. Memandangkan dekat dengan rumah aku so....sini lah tempatnya aku selalu lepak dengan anak-anak. Lagi pun aku rasa tempat ni tak serabut macam tempat lain disamping makananya yang sedap pada tekak aku.


Restoran ini ada dua bahagian....satu bahagian yang beraircond dan satu bahagian lagi yang biasa. Takde charge lain pun kalau duduk kkat tempat beraircond tu sebenarnya. So tempat pilihan aku adalah yang beraircond la sebabnya tempat ni lebih tertutup dan agak privacy.


Sorry gambar tak lawa....sebab tak cadang pun nak letak kat blog sebenarnya. Lagi pun aku bukan pro bab bab amik gambar ni.


Antara menu yang ada kat sini. Tapi yang aku paling aku suka ialah Chicken Sizzling dia memang best sangat.


Pada sesiapa yang nak singgah bolehla tengok alamat kat map tu. Aku screenshot ke kat cik google. Sebab aku buat post ni guna handset je...
Teramatlah kecik no aku rasa...
Ok cukup dulu untuk hari ni.
Moga korang tak boring membaca entry aku ni

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017


diulangi


Hi korang....

Kat sini aku nak share giveaway by Qiya Saad untuk bulan November ni yer. Ni merupakan first time aku join giveaway ni...gabra la jugak...entah betul entah tak apa yang aku buat ni. Tapi setelah ditimbang timbang akan syarat-syarat yang ditetapkan rasanya takdelah susah sangatkan. So apa lagi....den torai...

Bagi korang yang nak join bolehla klik caption di bawah gambar dibawah ni yer....
Klik kat atas tu pun boleh.
Suka aku nak ingatkan Giveaway ni akan berakhir pada 30hb. November ni tau. So jangan lepaskan peluang ni. Mana tau ada rezeki kita....ye dok....

Terima Kasih





       

Sunday, November 5, 2017

Hari Keluarga Lagi

Nak cerita panjang tak sempat lagi...
So tempek gambar je dulu....aci dakkkk
Nanti kita sambung yer..




Saturday, November 4, 2017

Salam Perkenalan

Salam perkenalan buat semua rakan-rakan blogger. Diharapkan sudilah kiranya senior-senior saya memberi tunjuk ajar dalam dunia blogger ini.


Semoga terjalinlah ukhuwah dan silaturrahim.
Amin.

Ikhlas dari saya
Cik Manggis

Ice Bucket Shah Alam


Berkunjung ke Ice Bucket Shah Alam. Bertempat di Bangunan Aeon Mall Shah Alam.
Gambar tak sempat nak ambil banyak sebab masing-masing dah tak sabar nak nngaaappppp.
Pada aku...dari segi rasa...bolehlaaa. Takkanlah nak bandingkan dengan Baskin Robin pulak kan....memang tak lah. Jauh sesangat....
Banyak perasa tau aiskrim ni. Yang bukan hanya aiskrim ada kat sini....menu lain pun ada juga tau.


Friday, November 3, 2017

Makan-makan

Makan-makan #kennyrogers
Macam dah takde tempat lain kan nak pergi. Nak tau kenapa? Sebab inilah tempat yang aku rasa paling senang nak pergi....dekat dengan rumah. Kenny Rogers Plaza Alam Sentral Shah Alam. 




Selain #nandos kat sinilah tempat kami selalu makan. Suasana kat sini tak serabut dan pada aku suasana yang nyaman la.
Itu pendapat aku la...lain orang lain kut citarasanya kan
So jangan kecam aku
#akucumanakberhibur

Jalan jalan cari makan

Hari ni hari Jumaat. Bagi yang bekerja seperti aku ni....hari ni la hari yang paling best sekali. Mau tidaknyer....bila time orang lelaki g solat jumaat...masa ni la kita yang perempuan ambil peluang gi cari makan sambil window shopping kan. Biasalah...hari jumaat kan rehat panjang sikit dari hari biasa.




So hari ni mula-mula cadang nak lunch kat Me-nate...tapi apakan daya restoran tu tutup pula. So melilau la cari tempat lain. Dah puas bincang-bincang....maka kata sepakat telah dicapai. Kat sini lah tempat kami lunch hari ni. Tak jauh mana pun dari ofis. Restoran Cili Merah Seksyen 9. Kat sini aku suka makan kari kepala ikan...memang superb. Ni bukan kari mamak tau....Banyak pilihan lauk pauk tapi aku tak ambil gambar. Desert pun hado....bubur kacang, pengat pisang dah beranika kuih-muih.
Mesti ramai juga yang nak tau harga kan??
Bagi aku....harga ada sedikit lebihla dari restoran biasa. Tapi memandangkan lauknya yang sedap di tekak aku...so aku rasa berbaloi. Nak murah masak sendiri kat rumah...ye dok....
Sesiapa yang nak datang dialu alukan. Kira dari segi rasa memang tak.menghampakan la...
Ok itu je....