Friday, November 10, 2017

KWSP - PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN

Info berguna bagi sesiapa yang ingin mengeluarkan Wang Simpanan Akaun KWSP apabila mencapai umur 50 tahun. Dah terlanjur aku mencari info ni untuk ahli keluarga...so aku share kat sini juga. Semoga bermunafaat untuk semua.

Kalau nak info yang lebih mendalam boleh klik link bawah ni
KWSP





PENGELUARAN 50 TAHUN

TUJUAN 

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.


KELAYAKAN MEMOHON 

1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
2. Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun
3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2. 


SYARAT DAN KELAYAKAN PENGELUARAN 

1. Permohonan sekali sahaja 

2. Mempunyai pilihan pengeluaran sama ada: Semua Simpanan Mengeluarkan kesemua simpanan secara sekaligus dari Akaun 2
Sebahagian Simpanan Mengeluarkan sebahagian simpanan dari Akaun 2 

3. Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 50 tahun 


KAEDAH BAYARAN

1. Bayaran Dalam Malaysia Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli          dengan syarat :
   
Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
Sekiranya bayaran tidak Berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, 
bayaran akan dibuat melalui   Cek Jurubank 

2. Bayaran Luar Malaysia Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. 
   Jenis matawang adalah seperti berikut :

     Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang             tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU 
     Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam 
     borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing               Tarikh Cetakan : V01/06/2017 


DOKUMEN DIPERLUKAN 

1. Permohonan Di Kaunter 

    i.) Pemegang MyKad
  Hanya kemukakan MyKad. Permohonan diproses secara Hassle Free, 
ahli tidak perlu mengisi borang permohonan 

ii.) Bukan Pemegang MyKad
Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Dokumen pengenalan diri (asal dan salinan) 

iii.) Borang KWSP 3 (Pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari (CIJ) gagal 
iv.) Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau penyata akaun bank atau salinan akaun bank semasa membuat permohonan) pengeluaran bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran 


2. Permohonan Melalui POS
Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
Salinan MyKad / dokumen pengenalan diri 
Borang KWSP 3 (pindaan) Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah dibenarkan. (Lain-lain dokumen tambahan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa) 

DOKUMEN SOKONGAN 

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Umur 50 Tahun / 55 Tahun / 60 Tahun / Simpanan Melebihi RM1 Juta di laman web KWSP atau Pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan 

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan 

NOTA AMARAN 

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007] 

4 comments:

  1. Info ini mmg sangat penting kepada bakal pesara kerja bila dah capai umur nak pencen. Good info kak Sheila. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu GV...Cik Manggis pun mencari sebab ada saudara yang nak pencen.

      Delete
  2. kalau dulu nak keluaran duit KWSP susah. sekarang ni banyak sebab boleh keluarkan. more better.

    ReplyDelete