Hari ni hari Jumaat. Bagi yang bekerja seperti aku ni....hari ni la hari yang paling best sekali. Mau tidaknyer....bila time orang lelaki g solat jumaat...masa ni la kita yang perempuan ambil peluang gi cari makan sambil window shopping kan. Biasalah...hari jumaat kan rehat panjang sikit dari hari biasa.
So hari ni mula-mula cadang nak lunch kat Me-nate...tapi apakan daya restoran tu tutup pula. So melilau la cari tempat lain. Dah puas bincang-bincang....maka kata sepakat telah dicapai. Kat sini lah tempat kami lunch hari ni. Tak jauh mana pun dari ofis. Restoran Cili Merah Seksyen 9. Kat sini aku suka makan kari kepala ikan...memang superb. Ni bukan kari mamak tau....Banyak pilihan lauk pauk tapi aku tak ambil gambar. Desert pun hado....bubur kacang, pengat pisang dah beranika kuih-muih.
Mesti ramai juga yang nak tau harga kan??
Bagi aku....harga ada sedikit lebihla dari restoran biasa. Tapi memandangkan lauknya yang sedap di tekak aku...so aku rasa berbaloi. Nak murah masak sendiri kat rumah...ye dok....
Sesiapa yang nak datang dialu alukan. Kira dari segi rasa memang tak.menghampakan la...
Ok itu je....
bandar baru eh ni.. sendiri kalau balik kampung skrang x kenal da kawasan sekeliling. pesat sanga membangun hehe.. tapi ada banyak kedai makan best2..
ReplyDeleteNi seksyen 9 shah alam. Restoran ni memang famous. Kari kepala ikan dia memang superb.
Delete