Friday, January 5, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

ASSALAMUALAIKUM


DAH LAMA TAK BERSIARAN. TUP-TUP DAH TAHUN BARU. DI SINI CIK MANGGIS INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN MAYA DAN SELAMAT BERKENALAN UNTUK YANG BARU MENGENALI BLOG CIK MANGGIS. KEKANGAN MASA MENYEBABKAN BLOG NI TERBIAR SEPI SEKETIKA.
CIK MANGGIS DOAKAN AGAR KITA SEMUA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK, MENJADI INSAN YANG LEBIH BERTAQWA SERTA  KAYA DAN BERJAYA. INSYAALLAH.


Tuesday, December 5, 2017

K Fry IOI Mall Putrajaya

Assalamualaikum
Cik Manggis datang lagi setelah sekian lama tidak bersiaran. Sekarang ni cik manggis agak sibuk sikit sebab nak pindah ofis baru....so nak kena packing sana sini sinun....huhuhu banyak sangat uollss.



Alkisahnya...dah terlanjur ada masa ni...cik manggis nak cerita sikit. Sekarangkan musim cuti sekolah...so memandangkan cik manggis duk Shah Alam...adik cik manggis pun datanglah hercuti di sini. Tercari cari mana tempat makan yang best nak bawa...terfikirlah pula tempat yang baru dibuka ni.


Ni dia nama tempatnya
IOI City Mall Putrajaya


Memandangkan baru first time datang...surelah nak oder pun teragak agak kan.
Apatah lagi segala mak bapak menu tu dalam bahasa korea. Kalo korang nak oder kenalah tanya betul betul pada yang ambil oder tu yer.


Ni antara menu yang cik manggis oder. Rice Mall Achovise dan Tuna.
Sedap uolls...kena lah tengan tekak ku yang kekampungan ni.


Antara menu-menu yang disediakan disini. Korang bolehlah study dulu sebelum pergi sana. Sambil-sambil tu bolehla juga kira-kira budget jugakan...senang koje kan hahahha







Bye uollsss...takleh taip panjang-panjang sorry...
https://www.agoda.com/partners/partnersearch.aspx?cid=1799223&pcs=1

Tuesday, November 28, 2017

Segment : Increase Your Followers by Shahirah


Assalamualaikum 

Dah lama tak update blog ni. Maafkan Cik Manggis yer. Hanya ucapan terima kasih yang dapat diucapkan pada yang sudi menjeguk blog cik manggis ni sepanjang cik manggis tidak bersiaran.

Segment : Increase Your Followers  by Shahirah 




Ni Cik Manggis nak cerita sikit tentang satu segmen dari blog Shahira iaitu Segment : Increase Your Followers by Shahira.
Jom kita meriahkan segmen ni yer. Dapatlah juga menambah follower kita masing-masing. 
Cik Manggis dah Follow.
Ada bila lagi???

Monday, November 20, 2017

SAMSUNG YEAR END PROMO!!

Kepada peminat-peminat Produk Samsung di sini Cik Manggis saja nak share tentang Samsung Year End Promo ni. Mana tau ada yang tengah cari kelengkapan rumah ke...
Yelah kan...hujung tahun ni selalunya ramai majikan-majikan yang bagi bonus...so bolehla shopping sakan nanti.



Banyak barang-barang sale tau....dari Gadget hinggalah ke barangan rumah.
Dapat hadiah lagi uollssss.


Promo ni telah bermula pada 1 November dan berakhir pada 30 Disember 2017.
So apa lagi...kunjungilah kedai-kedai samsung berdekatan dengan anda.

Saturday, November 18, 2017

Indah Nian Kampung Halaman Ku

Melihatkan gambar-gambar ini rasa nak menitis air mata. Di sini lah aku dibesarkan. Di kampung ini aku bersekolah. Indahnya waktu kecilku dulu.



Kampung ku dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas sebaik padi menghijau. Air yang jernih dengan ikan yang melompat lompat dan terkadang tersesat hingga ke jalan sungguh indah waktu itu.


Sekarang semua itu seakan sudah terhakis. Ibu dan ayah tiada lagi. Anak-anak muda ramai yang sambung belajar diluar...bila dah bekerja pun diluar juga...yang tinggal hanya orang orang tua. Sawah padi dah tak banyak lagi...kederat orang tua setakat mana sangat nak walaupun semua menggunakan mesin.


Tali air di depan rumahku...kalau dulu airnya hijau...anak anak mandi manda disini....tapi sekarang airnya telah berubah menjadi semacam air teh....entah kenapa...


Meski makin ramai yang telah tiada...aku tetap rindu kampung ini. Rindu untuk bertemu arwah mak dah ayah. Rindu untuk pulang ke rumah itu. 


Suasana tenang di sini...


Jambatan ini jadi tempat anak anak muda memancing dan mandi manda dulu. Indahnya saat itu...

Friday, November 17, 2017

Assalamualaikum


Salam pagi Jumaat yang barakah.
Semoga hari ini hari yang membawa manfaat untuk kita dan semoga hari ini lebih baik dari semalam...dan esok lebih baik dari hari ini.
Jom kita aminkan doa ini.